Friday 24 October 2014

Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ~~

Hari ni hari apa ye?   hari ni adalah maal hijrah. .tahun baru untuk umat islam ~salam maal hijrah semua happy

cik Ani nak bercerita sikit mengenai kisah hijrah  . .meh meh dengar sini raised eyebrows



   
Peristiwa semasa pemerintahan Umar Al-Khattab merupakn titik tolak perubahan takwim hijrah dimana Khalifah Umar telah mengumpul beberapa sahabat pada hari rabu 20 jamadilakhir tahun 17 hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun islam.

Dalam perbincangan tersebut,pendapat Saidina Ali Bin Abi Thalib diterima dengan mengemukan cadangan supaya hijrah Nabi Muhammad S.A.Wdari Mekkah ke Madinah sebagai permulaan tahun islam dan merekan bersetuju dengan pandangan Saidina Uthman Bin Affan menjadikan Muharram sebagai bulan pertama dalam sejarah islam
Nabi Muhammad S.A.W suatu ketika dulu berasa berat untuk meninggalkan kota Mekkah yang tercinta ,sebelum baginda bertolak ke Madinah,baginda menoleh ke Kota Mekkah dan bersabda "Diantara semua tempat,kau lah paling bererti bagi ku dan paling dekat dengan Allah,jika bukan kerana kaum ku mengusirku,tidak akan aku meninggalkan mu"
 dikatakan ketika bergerak meninggalkan kota Mekah baginda berpaling untuk kali terakhir dengan penuh perasaan kerinduan dan kasih sayang kepada tanah kelahiran dan kota suci umat islam ini.

Namun semuanya ditinggalkan bagi menjayakan peristiwa hijrah.

HIJRAH adalah TRANSFORMASI

Untuk berjaya seseorang haruslah berani  hijrah.
Untuk hijrah seseorang hendaklah berani meninggalkan zon selesanya 


Hayati Kuasa Hijrah,mulakan trasformasi hijrah diri ! ! !! 
semoga kita pasang niat atau azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik daripada yang tahun lepas.


~salam sayang dari cik Ani ~ semoga tulisan ni bermanfaat. . 

Terima kasih sudi membaca broken heart

Thursday 23 October 2014

Assalamualaikum . . berdebar rasa nak tulis entri ni taw! nak nagis pun ada.. aish ..

hmmmm . . kesian ustaz Azhar Idrus kena fitnah . . siapa lah sanggup buat macam ni . . ni lah dia,orang yang selalu menyekat jalan-jalan dakwah,dan sangat suka tengok ummah sekarang makin malas ke majlis ilmu dan mengingati Allah  . .

cik ani yakin dan percaya bahawa,ni semua fitnah semata-mata dimana gambar ustaz yang diedit,. aipp sesuka hati je ye buat fitnah ..  bagi lada sumbat dalam mulut baru tahuuu . .hmm.

Allah Berfirman:

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.” (QS Al-Baqarah: 191)

وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ
“Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (QS Al-Baqarah: 217)

semoga ustaz terus kuat  . . teruskan dakwah ustaz :)


"Buatlah Fitnah Apa Sekalipun, Katalah Apa Yang Nak Dikata, Aku Akan Tetap Berdakwah Sampai Mati."
(Ustaz Azhar Idrus)






Air Mata Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuabatting eyelashes . .

apa khabar semua? ?thinking. . cik ani tak tahu lah siapa yang setia dalam membelek entri cik ani yang entah apa-apa raised eyebrows. but just wanna to write something~

cik ani ni baru balik daripada pulau pangkor. . aipp.. bukan bercuti taw! tapi kem induksi mpm .  haaaa . .

apa tu mpp? Majlis Perwakilan Mahasiswa . . hmm kenapa cik ani nak cerita eh pasal ni . .
menjawab soalan diatas tu adalah sebabnya cik ani nak berkongsi rasa dan cerita kepada readers-readers blog ni . .

kem ni 3 hari dua malam.. masa yang sangat singkat -.- cik ani acctually bukan lah nak cerita secara details about this camp . . yang utama adalah pengisian yang cik ani dapat sebenarnya ~

dalam kem ni kami semua didedahkan "How to become a good leader" . .apa yang cik ani dapat simpulkan lah ..

first day,kami just isi borang IPS . .ni adalah salah satu cara kita nak kenal diri kita sendiri . . kalau kita tak kenal diri kita,macam mana kita nak buat sesuatu ,mengikut kelebihan dan kekurangan diri kita kan  . . totally,memang mengena ngan cik ani  tapi soalan yang cik ani paling ingat,soalan yang ke 160,soalan terakhir "adakah awak cemburu melihat pasangan awak dengan orang lain" gila tak cemburu . . hmmm
    
impression management . .macam mana kita nak tahu persepsi orang atau first tanggapan orang mengenai kita . ."kita boleh jadi orang lain,tapi suatu hari kita akan jadi penat bila kita tipu orang lain" okay! jom try satu permainan. senyum satu minit . . dalam 15 saat mungkin senyuman kita ikhlas tapi sampai ke 50 saat berikutnya dah makin kendur senyuman,jadi lah senyuman paksa. . hmm ..harap paham la apa yang cik ani merepek sangat ni . . auwww

second day,haaaa.. hari kedua ni memang tak boleh dilupakann. pergh! rasa dah jadi duyung sebab hampir seharian main dalam air je . haha . . 
awal pagi sampai kul 11,jungle trekking,siap kena angkat seorang student yang paling berat dalam group(tugasan) mayat la kononnye. .uhuhu.dengan kain batik dan kain sarung . . satu group 9 orang  . . sado sekejap cool
then,buat rakit sendiri menyeberang. first cik ani fikir,habis lah,mampu ke? takutnye ?macam mana kalau jatuh tengah-tengah tu.. adoiii . .terukkan pemikiran . . 
dia bagi 6 pelampung,dua batang buluh,3 kayu petak tu,13 tali . . alhamdulillah lah dia ajar ^^ . . 
ouh lupa pulak,6 pedal untuk mendayung ke sana  . . .
paling best bila cik ani jadi salah seorang pendayung dan group kali menjadi yang pertama !!!

gambar hiasan,tapi macam ni  kena buat rakit tu

petang tu pulak,snorkeling ~haaa yang ni lagi satu yang cik ani takkan lupa kan,biasalah first time kan snorkeling bagai . .trauma ngan air lah katakan,dapat mandi hari-hari pun dah bersyukur.berendam lama-lama ni memang mencabar persaan cik ani ..sigh




eee.tak tahu lah apa. lembikk je.hehe

haaa.lama snorkeling dr kul 4.30 sampai kul 6 lebih . . balik bilik rasa penat sangat  . . apa yang cik ani dapat adalah,cik ani cuba untuk lawan perasaan takut cik ani. dah lah tak pandai berenang dan alhamdulillah dengan keyakinan dan keinginan yang tinggi,dapat la jugak tengok ikan-ikan canyik dan batu karang .. Alhamdulillah . .subhanallah yang menciptakan ciptaannya indah-indah berlaka. Aku bersukur Ya Allah 

Malam tu,BBQ dan siapa nak jadi artis dipersilakan.cik ani memang tak lah nak jadi artis,baik fokus makanan yang sedapppp tuu . hehe penat main air kan . . 


Last day,pukul 7.10am dah dalam kolam renang . .buat apa lah pulakkkk . . rupa-rupanya belajar berenang dan senaman dalam air .. best^^ .penattt..patut lah orang kata,nak kurus,berenang lagi efektif sebab kita kena melawan air kan untuk ke depan..hehe

lepas berenang,bersiap,sarapan dan last aktiviti iaitu aktiviti dimana kami semua perlu bekerjasama untuk mencantumkan semua nama ahli dan tandatangan dan cantumkan . .menarik,nampak senang tapi banyak syco . .huhu.. menarikk laaa.. session paling best,luahan hati dan perasaan ataupun ucapan untuk semua and i got 3 minutes to talk  . . thanks en Zul.kaunselor yang sangat memahami. orang lain 1 minit je,eksekutif 3 minit,cik ani yang exco biasa pun dapat 3 minit . . Alhamdulillah :) 

apa yang cik ani harap,semoga segala ilmu yang dikaut,dapat dipraktikkan dan diamalkan sebaik mungkin oleh semua mpm yang lain ..ada masalah,bawak berbincang ^^wave

SHORT WORD DAH TAK JADI SHORT WORD. haha

terima kasih sudi membaca love struck

Great Family !! love You All 

simple writing ~ maaf ada yang kurang~saya budak baru belajar~


Saturday 18 October 2014

Tiada Pertemuan tanpa perpisahan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .

    hmm. tengok tajuk tu,panjang ke?


dengan air mata yang bercucuran dan hati yang terpaksa disadokan cik ani menulis entri ni . .crying

Perpisahan yang cik ani maksudkan adalah disebabkan tahun tiga dah nak pergi practical .. sem depan dah tak jumpa diorang . . cik ani rasa macam kehilangan akak dan adik beradik ~

Pergi bulatan gembira bersama-sama,makan dalam dulang yang sama,tidur dalam keadaan tak selesa bersama,berprogram bersama,susah senang bersama.Main futsal bersama,Terasa hati pun bersama ..

rasa cepat sangat masa berlalu hari demi hari . sad Kesibukan masing-masing sebelum ni sebenarnya tak pernah memudarkan kasih sayang kami dalam berkongsi cerita dan nasihat untuk muhasabah diri sendiri .." Mereka yang selalu memberi nasihat saat diri lalai,mereka yang selalu mengambil berat saat diri keseorangan,mereka yang selalu memberi kan kata-kata semangat love struck ..  "

cik ani sayang mereka kerana Allah . .Moga Allah permudahkan segala urusan mereka ~
cik Ani amat berharap agar ukhwah kami terus mekar walaupun jauh dimata tapi tetap dihati call me ..

moga kita boleh berbulatan gembira lagi,makan sedulang lagi,tidur sebantal lagi . susah senang bersama lagi ..

walaupun hati tak merelakan pemergian tapi sampai disini sahaja kita dapat bersama  . . jalan kehidupan masing-masing perlu diteruskan  ..

terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini ~ sayang semua kerana Allah !

"sahabat yang baik adalah mereka yang mengingatkan kamu tentang Allah"


"people will come and go but memory stays forever"



Terima kasih pada yang sudi membaca ~

Friday 17 October 2014

Dracula Untold

Assalamualaikum semua . .
cik Ani nak update cerita yang gempak dan panas dipawagam baru-baru ni . .hmmmm
Nah baca ulasannya ~~

Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar
begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini
sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah
buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair
( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing lebih meluas)
(delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)
nah
Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi
pembuka Kota Constantiinople
Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia
Penawanan dibuat secara aman
(Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alfateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)
seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dalam filem ini!
Ia, sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli
tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara
ini memastikan tidak berlaku "coup-de-etat" di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan
direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara
semua percuma
"Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman"
Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai
( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)
ia lebih segak dan hensem kot
badan sasa
tidak gemuk
saya akui
menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya
dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh
tetapi dari segi manusiawi!
apapun
kelemahan kita orang islam juga ada
filem Malaysia masih di tahap memalukan
Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton
membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba
semuanya dengan kajian dan bacaan
maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik
TAMBAHAN
alaaa, come on la wey, movies je kot
yang overeacting sangat ni kenapa?
movies untuk entertaiment je la
kata kita gila, kejam, pencuri, perogol
lepas tu siap sokong lagi Vlad sebagai hero
terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki
hiburan lagi kah?
sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu kepentingannya

tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya
manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa
mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya
mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad
mereka tak tunjukkan pula memotong payudara wanita dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad
mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad
mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube
tetapi dalam filem
sekarang
Malah Sultan Mehmet digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi
tapi sudah dianggap dunia sebagai
Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini
Iya, dalam satu sudut nampak seperti oppress
Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini
Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma
siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!
mana tidaknya
Kata sejarawan Georgiades Arnakis
Satu lagi
Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh 
sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan
mereka tinggi
bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun
iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya
Saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar
banyak juga
tetapi
adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan
lihat saja mereka
moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam
tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem!
tetapi filem sejarah islam kita!
--------------------------------------
yes, it just a movies.
cuba bayangkan perkara sama kepada kita. contohnya. ada orang hasilkan movies tentang kisah kita, semua hampir sama, dari tempat lakonan guna rumah kita, nama guna nama sebenar, mak ayah kita guna nama yang sebenar juga. tetapi, filem ni habis semua totally menghina kita, family kita, imej kita....
tuan masih anggap itu hiburan lagi ka?
integriti menceritakan sejarah perlu dijaga
anda mungkin rasa ini hiburan, pergi baca comment di youtube oleh non muslim di europe di dracula untold review
baca apa mereka kata tentang turki uthmaniyah sekarang
oppressor, kejam, melampau,barbaric
lihat satu dua movies tentang sejarah Turki
sudah ramai yang dah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini
sekarang 

Terima kasih yang sudi membaca ^^

Cik Ani Kembali



Assalamualaikum dan salam sejahtera ^^

Lama sangat tak jadi keybord warrior ni . . hmm.. nak kata makin sibuk kat universiti tak ada lah sangat tapi entah laa. . malas punya pasal .

Dua tiga bulan sebelum ni ada jugak jenguk blog sendiri ,  tapi tak terdetik apa-apa pun nak berkongsi . tetiba nak dijadikan cerita,sorang kawan cik ani ni adalah rajin sangat nak baca entri-entri cik ani. .

Kawan :kenapa blog kau dah tak boleh bukak? dah deactived ke apa?
cik Ani :eh,tak ada lah . .ada je lagi. tapi lama dah tak update . .
Kawan  :serious tak boleh bukak ni . .
Cik Ani :Nanti aku check!

tapi apa yang mengejutkan cik ani . . Blog memang tak boleh bukak,dan terkena malware. . hmmm dah malas nak ambik tahu . . hmm..tak de effort langsung kan? teruk kan? hahaha

Hari ni hari yang bersejarah,ecehh.. bila cik ani google untuk bagi solution pada permasalah blog cik ani  . .hehe



Cik Ani pun click pada online virus scanner


Masukkan link Blog



Done






Terima kasih kepada  http://hanifidrus.blogspot.com/2014/09/hanif-idrus-blog-kena-malware-pingbusuk.html untuk simple solution but meaningfull :)
Alhamdulillah . . dah boleh bukak macam biasa.
in shaa Allah lepas ni akan terus berkongsi dan akan terus menulis dalam blog ini . . 

terima kasih kepada yang sudi membaca . .

Cik Ani yang lama menghilang sudah kembali :)