Wednesday 12 August 2015



Tanbihul Ghafilin (Peringatan kepada si Lalai)


siapa yang lalai? Diri kita sendiri lah yang selalu lalai dalam banyak pekerjaan terutamanya urusan akhirat. pincang hati,bila nak baiki lagi?

"sesungguhnya hati manusia itu mati,kecuali mereka yang berilmu.Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena,kecuali mereka yang beramal.sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu kecuali mereka yang ikhlas" (Imam Al-Ghazali)

Tuesday 9 June 2015

Humood



Assalamualaikum semua  . .

siapa pernah ulang video ni setiap kali tengok? 

angkat tangan cepat !!!!






Friday 29 May 2015



Apa yang sedang saya fikirkan?
Kata-kata pakcik masa naik teksi tadi ..
First time naik teksi,pemandu tu tanya 'Ni dah solat ke?'
dalam hati terdetik" alhamdulillah,masih ada yang orang yang menanyakan tentang kewajipan yang wajib ini "
sepanjang perjalanan yang singkat,kata-kata peringatan yang diberikan satu persatu,tentang kehidupan dunia yang sementara,pergantungan kepada Allah dan sebagainya.
Apa yang betul-betul membuatkan hati ini lebih tertarik bila beliau mengingatkan tentang masalah sebenar kita bukan dunia atau masalah yang kita hadapi sekarang atau sebagainya tetapi masalah besar kita adalah sewaktu di dalam kubur,menjawab persoalan kubur,kumpullah berkalan sebanyak mungkin diatas dunia kerana amal sahaja yang dapat membantu kita. . .
Terima kasih Pak cik yang nampak sangat tenang yang sudi memberikan sedikit sebanyak peringatan dan perkongsian.
Tengok! dimana sahaja kita boleh berdakwah

Wednesday 27 May 2015

"Aku rindu usrah"
Terdetik hati lepas solat jemaah isyak,tengok bulatan-bulatan manusia dibahagian belakang surau.
Dalam bersiap nak keluar surau,tetiba seorang Akak comel tegur,
Dik,awak nak join usrah Akak?
Pergh!time tu rasa nak melompat gembira,ibarat kata hati aku dia dengar!!
Alhamdulillah .Allah menggerakkan hati dia untuk tegur dan ajak usrah bersama.
Walaupun first time join usrah dia,rasa menusuk sangat semua kata-kata dia yang simple tapi membuatkan diri lebih bersemangat..
Semoga kita berjumpa lagi dalam bulatan gembira.

Friday 16 January 2015


 Assalamualaikum crying
It is a lonely feeling when someone you care about become a stranger 
Sebelum ni cik Ani baca sekadar baca je quote atas tu,dan tak pernah dan cuba ambik fikirkan.
tapi sekarang,ia sedang melanda diri cik Ani . .

Cik Ani tak pasti sama ada cik Ani yang terlalu busy ke apa,tak ada masa untuk dia ke macam mana,sampai cik Ani rasa seriously akward bila dengan dia. . hmmmm

adakah ini cuma godaan syaitan yang nak menjejaskan persahabatan kami. .atau sebab dia ada someone special dan dia dah tak memerlukan cik Ani lagi . .ouh,satu demi satu persoalan menghantui. .

Bukan cik Ani tak cuba untuk baik semula atau memperbaiki akhlak cik Ani dalam bersahabat dengan dia tapiiii .. nothing change to her.. arrrgghhhh!!!!

apa yang cik Ani boleh buat adalah :

cuba positifkan diri,dan jangan terlalu mengharapkan dia dalam friendship.try move on sikit demi sikit tapi jangan buang terus kerana dia pernah jadi sahabat baik cik Ani dan CIk Ani selalu ingat tentang kebaikan yang dia pernah buat untuk Cik Ani. .

cik Ani pun kena cuba dan try dan sedaya mungkin untuk lebih independent dalam menjadi seorang yang keseorangan.kerana Allah sentiasa ada dan ingat dalam kubur pun sorang jugak . . .
Cik Ani bukan tak de kawan.cuma bestfriend yang tiada untuk sharing every single of things time out

doakan cik Ani terus tabah ye para pembaca semua broken heart

-Terima kasih kerana sudi membaca-

Thursday 15 January 2015

Pepatah Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera  . .happy

Haiii semuaaa pembaca cik Ani . .wave

kalau tengok tajuk,macam blog ni dah jadi blog mengajar bahasa melayu sekolah kan ?

Pagi ni,cik Ani ada dengar radio dalam perjalanan semasa driving . Tetiba ada pepatah yang cik Ani pun tak pernah dengar . .haaa ,agak-agaknya apa ye?

Dikulum menjadi manikam,dimuntah menjadi serkam
 Maksudnya ialah,lebih baik berdiam diri daripada bercakap menimbulkan perbalahan .

contoh ayat :

Suami saya baru pulang daripada tempat kerja dalam keadaan yang stress dan marah-marah,saya mengambil keputusan untuk berdiam diri agar tidak menimbulkan sebarang perbalahan.Keadaan saya ketika itu,dikulum menjadi manikam,dimuntah menjadi serkam 
kebetulan pula,cik Ani masa dalam perjalanan tu tengah memikirkan masalah cik Ani dengan seorang kawan baik cik Ani.sebab tu pepatah ni membuatkan cik Ani lagi ingat dan dalam hati,"macam aku je" . .

pengajarannya,kalau dalam sesuatu keadaan tu dah rumit,kita cuba ambik pendekatan untuk berdiam diri sebentar agar perbalahan atau kerumitan tidak semakin marak   . . .

Tu sahaja perkongsian untuk hari ini . .

-Terima Kasih sudi membaca-  love struck

Wednesday 14 January 2015

Roller Blade

Assalamualaikum happy

Haiiii pembaca cik Ani  winking

Entri kali ni cik ani nak cerita pasal pengalaman cik Ani main Roller Blade . .

Acctually bukan lah pengalaman sangat tapi sekadar perkongsian ringkas,kan short words . .tak boleh laaa berjela-jela .. .

Pengajaran daripada main roller blade petang semalam di taman tasik titiwangsa adalah,Kita kena berani mencuba sesuatu walaupun kita tahu risiko kita gagal adalah tinggi . .kenapa kita tahu gagal?apa yang cik Ani maksudkan ?kan kalau main roller blade,nak stand pun ketaq lutut!malah jatuh lagi . .tu lah gagal. .Tapi bangkitlah untuk teruskan!

bayangkan lah cik Ani dal lama sangat tak main roller blade,last darjah 4,tetiba semalam yang berumur 20 tahun nak main semula . .

Main biasa lah akan jatuh,bangun,jatuh,bangun,jatuh dan bangun . .Alhamdulillah berjaya surprise

satu lagi,"wiil power" yang ada dalam diri kita sendiri yang membolehkan kita berjaya melaksanakan sesuatu keinginan kita tapi ingattttt dengan izin Allah Juga . .

Pesanan cik Ani,kepada yang takuuuttt nak cuba roller blade,tenang kan jiwa,lapangkan dada dan yakin anda bolehhhh !!!!!   ROLL,ROLL,ROLL rolling on the floor

Salam sayang daripada cik Ani kepada Pembaca love struck

-Terima Kasih Kerana sudi membaca-


Isu K-pop

Assalamualaikum 

Haiiii semua. 

Cik Ani berhajat nak update pasal isu K-POP yang menjadi sesuatu yang sangat viral . Hmmm

Tapi tak tahu nak mula dari mana. . Tapi dari sudut dan pandangan peribadi cik Ani je lah ye .. 

Bila tenung,lihat dan perhatikan,yang terlibat adalah seorang yang menutup aurat dan dikira Muslimah . .

persoalannya dimana hilangnya malu seorang perempuan atau muslimah itu sendiri?? 

Bila cakap macam ni,adalah bunyi-bunyi "eleh,macam kau tak pernah buat salah silap,asyik nak bash orang buat salah je"

dah kata kan,ni pandangan peribadi je kan . . 

Bukan cik Ani nak menghina,malah jauh sekali nak mengkeji . . sekadar pandangan sahaja . .

Untuk adik-adik yang terlibat,tindakan yang wajib kena buat bertaubat . .bukan nak menghukum tapi cadangan dan supaya akhlak lebih terpelihara.Semoga perkara yang dah berlaku ni,adik jadikan iktibar agar adik-adik menjadi seseorang yang lebih baik . .

tapi secara jujurnya,cik Ani tak tahu pun ada konsert K-POP ni . .tu yang pelik.Sebagai organizer pun,seharusnya perlulah menentukan garis panduan dalam perlaksanaan event tersebut . Bagi cik Ani,permainan lain banyak lagi boleh main daripan skrinship yang memaparkan scene-scene drama korea yang nak dilakonkan . .

Persoalan seterusnya,dimana pihak berkuasa yang sepatutnya memantau perkara sebegini,kata negara islam? 

persoalan demi persoalan yang akan timbul tanpa ada jawapan daripada mana-mana . .hmmm

Pandangan cik Ani lagi,Ini dikira satu kegagalan dalam membentuk akhlak yang sempurna terutamanya untuk anak muda dalam memahami asas-asas islam,iaitu sosial dalam islam sendiri. .

Ini juga,menjadi satu tamparan hebat dan satu cabaran untuk pihak yang berkenan dan orang yang berpengetahuan untuk menyampaikan penjelasan demi mengelakkan kepincangan berterusan dalam perkara-perkara sebegini . .

Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,itu yang tepat cik Ani nak maksudkan,sebab adik berempat tu,semua perempuan yang bertudung dan meminati k-pop turut terpalit.

Kita doakan agar adik-adik ini sedar akan kesalahan diri mereka. Kalau nak menghukum, adalah elok jika ibu bapa mereka yang ambil tindakan tersebut. Dalam setiap dosa yang mereka lakukan, barangkali ada tersilap dalam ibu bapa mendidik. Kita yang mengetahui kisah ini, jadikan iktibar dan pengajaran terutama buat adik-adik remaja yang sangat menggilai muzik.

cik Ani pernah ingat satu kata-kata . .

Kalau nak tengok Umat akan datang,tengok lah orang muda sekarang . .

Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara? Tapi tiang negara yang macam mana kita harapkan?

p/s -Tiada gambar untuk entri kali ni kerana isu yang agak serius-   hehehe



Terima Kasih Sudi Membaca ^^




Cik Ani menulis bukan kerana nama . . 


#PMIDIHATIKU

Tuesday 6 January 2015

Pesanan Al-Imam Syahid Hassan Al Banna

Assalamualaikum dan salam sayang dari cik Ani kepada pembaca. . 

sempena Tahun baru ni cik Ani tak post pun entri pasal azam tahun baru cik Ani . .
JAdi Cik Ani post mengenai 10 pesanan Al Imam Syahid Hassan Al Banna ni bagi peringatan serta nota buat diri cik Ani juga serta kepada para pembaca yang cik Ani Kasihi 

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa jua sekali pun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul (fusha) itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah ia akan menyakiti hati orang lain.
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

terima kasih kerana sudi membaca :)