Haiii semuaaa pembaca cik Ani . .
kalau tengok tajuk,macam blog ni dah jadi blog mengajar bahasa melayu sekolah kan ?
Pagi ni,cik Ani ada dengar radio dalam perjalanan semasa driving . Tetiba ada pepatah yang cik Ani pun tak pernah dengar . .haaa ,agak-agaknya apa ye?
Dikulum menjadi manikam,dimuntah menjadi serkamMaksudnya ialah,lebih baik berdiam diri daripada bercakap menimbulkan perbalahan .
contoh ayat :
Suami saya baru pulang daripada tempat kerja dalam keadaan yang stress dan marah-marah,saya mengambil keputusan untuk berdiam diri agar tidak menimbulkan sebarang perbalahan.Keadaan saya ketika itu,dikulum menjadi manikam,dimuntah menjadi serkamkebetulan pula,cik Ani masa dalam perjalanan tu tengah memikirkan masalah cik Ani dengan seorang kawan baik cik Ani.sebab tu pepatah ni membuatkan cik Ani lagi ingat dan dalam hati,"macam aku je" . .
pengajarannya,kalau dalam sesuatu keadaan tu dah rumit,kita cuba ambik pendekatan untuk berdiam diri sebentar agar perbalahan atau kerumitan tidak semakin marak . . .
Tu sahaja perkongsian untuk hari ini . .
-Terima Kasih sudi membaca-
No comments:
Post a Comment