Haiiii semua.
Cik Ani berhajat nak update pasal isu K-POP yang menjadi sesuatu yang sangat viral . Hmmm
Tapi tak tahu nak mula dari mana. . Tapi dari sudut dan pandangan peribadi cik Ani je lah ye ..
Bila tenung,lihat dan perhatikan,yang terlibat adalah seorang yang menutup aurat dan dikira Muslimah . .
persoalannya dimana hilangnya malu seorang perempuan atau muslimah itu sendiri??
Bila cakap macam ni,adalah bunyi-bunyi "eleh,macam kau tak pernah buat salah silap,asyik nak bash orang buat salah je"
dah kata kan,ni pandangan peribadi je kan . .
Untuk adik-adik yang terlibat,tindakan yang wajib kena buat bertaubat . .bukan nak menghukum tapi cadangan dan supaya akhlak lebih terpelihara.Semoga perkara yang dah berlaku ni,adik jadikan iktibar agar adik-adik menjadi seseorang yang lebih baik . .
tapi secara jujurnya,cik Ani tak tahu pun ada konsert K-POP ni . .tu yang pelik.Sebagai organizer pun,seharusnya perlulah menentukan garis panduan dalam perlaksanaan event tersebut . Bagi cik Ani,permainan lain banyak lagi boleh main daripan skrinship yang memaparkan scene-scene drama korea yang nak dilakonkan . .
Persoalan seterusnya,dimana pihak berkuasa yang sepatutnya memantau perkara sebegini,kata negara islam?
persoalan demi persoalan yang akan timbul tanpa ada jawapan daripada mana-mana . .hmmm
Pandangan cik Ani lagi,Ini dikira satu kegagalan dalam membentuk akhlak yang sempurna terutamanya untuk anak muda dalam memahami asas-asas islam,iaitu sosial dalam islam sendiri. .
Ini juga,menjadi satu tamparan hebat dan satu cabaran untuk pihak yang berkenan dan orang yang berpengetahuan untuk menyampaikan penjelasan demi mengelakkan kepincangan berterusan dalam perkara-perkara sebegini . .
Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,itu yang tepat cik Ani nak maksudkan,sebab adik berempat tu,semua perempuan yang bertudung dan meminati k-pop turut terpalit.
Kita doakan agar adik-adik ini sedar akan kesalahan diri mereka. Kalau nak menghukum, adalah elok jika ibu bapa mereka yang ambil tindakan tersebut. Dalam setiap dosa yang mereka lakukan, barangkali ada tersilap dalam ibu bapa mendidik. Kita yang mengetahui kisah ini, jadikan iktibar dan pengajaran terutama buat adik-adik remaja yang sangat menggilai muzik.
cik Ani pernah ingat satu kata-kata . .
Kalau nak tengok Umat akan datang,tengok lah orang muda sekarang . .
Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara? Tapi tiang negara yang macam mana kita harapkan?
p/s -Tiada gambar untuk entri kali ni kerana isu yang agak serius- hehehe
Terima Kasih Sudi Membaca ^^
Cik Ani menulis bukan kerana nama . .
#PMIDIHATIKU
No comments:
Post a Comment