Assalamualaikum..
entry kali ni cik ani nak share sikit mengenai sejarah ukur tanah..
memang corse tak famous kan dalam kalangan masyarakat keculai kalau orang tu betul2 dalam bidang ni..hehe..
disebabkan cik ani nekad untuk menceburi dalam bidang ni..semua mengenai nya..i need to know
bak kata orang..
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
SEJARAH BERMULANYA UKUR TANAH
Pada zaman dahulu kala ketika itu tak ada lagi teknologi dan kaedah moden untuk kerja ukur mengukur ni, alkisahnya di negeri Mesir kuno ada seorang petani dimana kebun tanamannya terletak di tepi Sungai Nil. Pada setiap kali turunnya hujan lebat maka air sungai itu akan melimpah dan terjadi banjir. Banjir yg sebegini adalah biasa dan bagus buat menyuburkan tanahnya secara semulajadi. Akan tetapi yang membuatkan petani ini merasa sedikit kecewa adalah kerana pada setiap kali selepas air sungai itu surut semula, dirasakannya tanahnya mengecil sedikit demi sedikit. Dari sinilah timbul idea bagaimana caranya dia nak memastikan yg tanahnya masih dalam keadaan asal. Jadi dia pun mencari 4 batang kayu lurus yg panjang lalu di pacak pada 4 penjuru tanahnya termasuklah 2 yg ada di tepi sungai. Sampai skrg pun kayu ini masih digunakan dalam proses ukur tanah dan dinamakan kayu pancang.
Pendek cerita selepas hujan lebat dan banjir yg seterusnya, didapatinya 2 pancang yg di tepi sungai tersebut masih lagi terpacak tetapi tempatnya tidak lagi di tepi sungai. Sekarang kayu pancang tersebut telah berada di dalam sungai pula kira-kira 2-3 langkah dari tepi sungai. Maka tahulah petani tersebut yg tanahnya telah mengecil kerana proses penghakisan tanah akibat banjir tadi. Jadi dia pun membuat benteng tinggi di tepi sungai tersebut dan dibuat parit supaya air sungai itu dapat masuk dan keluar tanpa menghakis tanahnya lagi. Nah dari sinilah ilmu dan teknologi ukur tanah mula berkembang sampailah ke hari ini.
No comments:
Post a Comment