Monday, 4 November 2013

Assalamualaikum . . :D
salam maal Hijrah cik ani ucapkan ;)

Sepatutnya,seharusnnya kita patut sedar dah tahun baru pun kita. .
bagaimana azam kita tahun lepas? dah terlaksana. . ?
amalan kita bagaimana?
iman kita bagaimana?

sempena maal hijrah ini,kita patut ada improvement pada diri kita sendiri agar,hidup kita lebih baik. .
jangan lupa,ketaqwaan kepada Allah harus lah meningkat jugak . . bagaimana nak meningkatkan ketaqwaan kepada Allah adalah dengan cara memperbanyakkan amalan . .

~jom sama-sama menrefleksikan diri dan melakukan penghijrahan agar diri kita lebih baik dari tahun sebelum ini~

*peringatan untuk diri cik ani juga. . :)


>> peristiwa bulan muharam :)

#simple entry hanya untuk mengucapkan salam maal hijrah :D




Friday, 1 November 2013

semoga aku sentiasa berbuat baik . .
aku hamba yang lemah . .
sering lupa,sering tersungkur dijalan MU ya Allah . .
kuat nya aku Kerana MU ..
tabahnya aku Kerana Mu. .
Sabarnya aku kerana Mu . .

Assalamualaikum dan salam jumaat . .  :)
cik ani berada dirumah . . yeyeye!
bosan tak tahu nakl buat apa . . .so,cik ani lama dah tak meng-update blog . .entri cik ani kali ni bertajuk 
MAGISNYA SALAM DAN SENYUMAN
SENYUM ADALAH SEDEKAH
 senyum orang tahu senyum kan . .cik ani ada baca dalam satu majalah . .tak berapa ingat dah majalah apa..hehe

senyum dan salam.seperti yang kita tahu senyum dan salam merupakan satu sedekah tetapi ia tetap memerlukan pengorbanan . .haaaa!! PENGORBANAN??

Pengorbanan apa pulak kan . .pengorbanan dimana ego nya terlebur. . kenapa macam tu . .jom kita renungkan . .seandainya kita senyum dan memulakan memberi salam kan. . mesti lah kita mengurangkan ego kita,tapi tak rugi lah kalau kita korban ego kita tgu untuk benda baik kan..hehe..dengan senyum dan salam kita,maka akan termusnah lah buruk sangka antara manusia.Paduan kedua-duanya iaitu senyum dan salam ini,islam berjaya menakluk dunia. .
MENGAPA?
Lihatlah baginda dan sahabat-sahabatnya sentiasa senyum dan menyebarkan salam.Dengan akhlak baginda ramai penduduk mekah dan madinah tertawan untuk memeluk islam,asbab daripada keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda. .  :D

     JOM KITA SENYUM . . .


Itu sahaja coretan cik ani. . bye bye semua :D assalamualaikum. . 

mulakan hari mu dengan memuji Allah dan sekuntum senyuman 

Thursday, 17 October 2013

Assalamualaikum . .

Bila nak buat keputusan memang peningkan ..
keputusan yang akan memberi kesan kepada masa depan kita

aip!! .. jangan salah faham . .ini bukan  cik ani nak buat keputusan untuk menerima seseorang ke apa. . ni mengenai kehidupan cik ani 10 tahun akan datang . .
berdasarkan apa yang cik ani ada sekarang .. .cik ani takut persaingan yang tak akan memihakkan kepada cik ani . .maksudnya,lepas habis belajar,cik ani malas lah untuk menjadi penanam anggur yang berjaya dirumah . .
adakah mustahil seorang student universiti turut bergiat dalam bussiness . . ??

okay, , abaikan . .cik ani terfikir satu nasihat untuk diri cik ani dan cik ani akan kongsikan . .

kalau cik ani tanya orang tu,dia cakap lain.
tanya orang lain lagi lah dia cakap lain, .
tanya mak,mak okay,tanya ayah ayah tak berapa okay . .tapi cik ani fikir macam lain pulak.. .
kawan-kawan kata macam lain pulak . .so macam mana . . .?

solution :
cari lah pandangan Allah melebihi pandangan manusia. , , insyaAllah disitu ada jawapannya. . . .
istikharah .. 
tapi bila istikharah je,ramai yang fikir jodoh je. . aik aik . .istikharah boleh dilakukan untuk mendapatkan a good decision from Allah in everything . . .




kita semua tahu,Allah Mahu Agung dan Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita Dia lah pencipta kita. .semua keputusan yang Allah bagi adalah sesuai untuk kita.so,sapa yang berhak menghalang kan . .. ??
tapi istikharah bukan sekali dua untuk mendapatkan jawapan yang strong dari Allah .. .teruslah berusaha!



#cik ani hebat dan berjaya .. InsyaAllah . .

>>ini sahaja coretan cik ani untuk entri kali ni . .semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan barakah
     Nya. .



Wednesday, 16 October 2013

i'm back . .

Assalamualaikum . .

Kebahagiaan itu adalah kesyukuran .. 

hehe. . cik ani dengan rasminya dah tamat sem satu, , dah habis final . . tak lah excited sangat tapi adalah jugak perasaan itu..hehe. .

okay,first of all,,walaupun cik ani tahu tak ramai pun mengunjungi ruang cik ani .. tapi cik ani rasa tak sempurna selagi tgak update entri ni. .*ceh* . . haha. .

baik lah . .entri kali ni sekadar luahan semata-mata. .banyak sangat cik ani observe setakat ni. . .banyak sangat perbezaan yang sangat sangat ketara antara kehidupan sekolah dan kehidupan university. .
and i'm really miss my scholl time. .

first,kalau kat sekolah dulu..rasa semua orang sayang kita. .*konon*
sekarang, , tak pung .. semua sendirian berhad. . .means lecturer pun tak kisah kita gi ke tak kuliah,kita tidur dalam kelas,kita siapkan ke tak tutorial,dan ibadah kita tak ada orang guide. . hehe,. . pandai pandai sendiri la awoookk ye. .. hehehe. .
tapi,ada satu yang best. . .cik ani tiap-tiap minggu boleh balik rumah tanpa mintak tandatangan warden . . haha..dulu kalau nak balik. . sampai kena cari warden keliling bilik guru . . kalau tak pun ,kena ketuk pintu rumah warden ., . .tapi university tak. . it's up to you . .


yang penting . . jangan sampai melampau sangat ponteng kelas,jangan sampai merosakkan diri kita. . dan jangan sampai menghancurkan harapan keluarga kita. . .belajar untuk berjaya. . .
'


*Entri selepas final ..  maaf,macam tak best je. .. haha..baru habis final so lama tak mengupdate blog ni. . dah berhabuk bagai . . semua reader pun macam dah tak ingat blog cik ani ni . . dan sebaginya ..

btw, , satu kepuasan apabila cik ani dah update untuk malam ni .. .

*** 1.32 am***
**17.10.2013**
*thursday*

#selamat malam semua. . salam aidiladha . . . :)

Monday, 16 September 2013

SEDIH

   Assalamualaikum . .

saya sedih, , saya sedih, , saya sedih , saya sedih ,
kenapa selalu sedih ni? ? macam-macam yang disedihkan . .benda remeh pun cik ani sedih . .
tak tahu lah kenapa ? apakah ini ujian Allah yang akan menguatkan cik ani. . ? ?
cik ani tak ada masalah pun dengan kawan. . tak ada masalah pun dengan pembelajaran . . dengan keluarga pun Alhamdulillah . .
tapi tetap sedih . . susah nak di explainkan. . apa yang disedihkan . .. hehehe. .

mungkin kah cik ani semakin jauh dari Allah?
mungkin kah ibadah wajib kian longgar,ibadah sunnat kian kurang? . . 
ketenangan yang dicari,semakin luntur?
nikmat yang dikecapi semakin tidak disyukuri?

cik ani sedih bila orang tak hargai kebaikan cik ani padahal cik ani patut sedar jangan bersedih tentang itu kerana Allah kan ada yang sentiasa menghargai kebaikan kita. .
cik ani sedih bila cik ani tak dapat buat sesuatu dengan baik padahal cik ani patut sedar,selepas usaha patut tawakal. . .
cik ani sedih bila kurang nya rezeki cik ani sedangkan cik ani sedar rezeki itu dari Allah,
cik ani sedih bila macam-macam berlaku tak mengikut perancangan cik ani padahal cik ani sedar bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik . . .

Rabbi yassir wala tuassir. .

~muhasabah diri . .

*entri semakin lama,berkisah kan hati . . hehehe.. yang tak suka,mohon maaf . . . :)
I'm write what i think .. . . :D




 

Tuesday, 10 September 2013

motivasi . .

Assalamualaikum. . .

"apa pandangan orang terhadap saya?"

mesti pernah kan terbit persoalan ni dalam hati kita..huhu
kita mesti nak semua orang faham kita,suka dengan cara kita,
senang denga cara kita bergaul dan sebagainya. .
tapi hakikat nya agak mustahil ye. . agak MUSTAHIL. .

kita sebagai manusia yang sentiasa berada dalam kekurangan,,buat lah apa yang sepatutnya. . jangan terlalu ikut kata orang dan pandangan orang lain. .
asalkan apa yang kita buat tak melanggari batas-batas yang telah digariskan oleh agama kita.  . .

bukan senang nak puaskan hati semua orang . .

seramai mana orang suka kita,
seramai itu jugalh orang membenci kita . .

tak perlu pun,kalau nak semua orang suka kita, , tapi berusahalah jugak untuk perbaiki diri kita. .

motivasi. . untuk diri cik ani juga

*entry di petang hari . . . maaf mengarut. . ini yang mampu cik ani coretkan. .  :)

Sunday, 8 September 2013

Assalamualaikum . . .

"selamat hari Lahir"."happy Birthday","sanah helwah" untuk diri cik ani yang sudah tua. . hehehe.  .
cik Ani hari ni dah 18 tahun 3 hari .. baru  nak update entry kan. .hehe. .
tahun ni cik ani sambut birthday kat dunia universiti. . huhu. . selalu kat sekolah. . :)
hakikatnya tak banyak kelainan pun . .
cik ani sambut birthday tahun ni dengan baca yasin untuk diri sendiri kebetulan birthday cik ani hari jumaat
 (6 sept). . huhu. . alhamdulillah. .
pastu,tetiba akak senior ajak main futsal,so,dengan hati gembira main futsal non-stop 2 hour (8 pm-10 pm) . huhu..memang best . .serious talk . . hehe. . .


tu antara sambutan untuk diri cik ani sendiri la. .huhu. .
ingat dah habis. .*pukul 12 tepat*disebabkan esok jumaat,baru habis test physics yang sangat senang. .
corsemate cik ani bercadang nak tengok movie,bilik min(one of my classmate) . .
masuk ketuk pintu. . bukak 2 pintu terus kena baling bedak!! wah!!bedak . . haha
selalu tepung kan . . .tanya kenapa baling bedak. . sebabnya tepung kat coop habis. . huhu
tapi tak pe jugak . .wangi lah cik ani . .

kelakar kan!guna bedak ni . . huhuhu

thanks kawan-kawan. . dari #ddpl . .

cik ani sangat hargai . . thanks. . ucapan daripada anda semua. . tak perlu hadiah yang besar,cuma cik ani harapkan doa daripada anda semua agar hidup cik ani berada dalam rahmat Allah. . .

azam cik ani kerana usia semakin meningkat ::
>menambah amalan sunnat dan memperkukuhkan ibadah wajib!
>menjadi anak yang solehah.

     tiada aset yang lebih penting bagi ibu bapa melainkan mendapat anak soleh dan solehah

 >cik ani perbaiki diri agar lebih berwawasan dan berfikiran tidak terlalu emosional tapi profesional. .
> belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pendidikan. . menuntu ilmu.yang berfaedah .
>mencari bekalan untuk akhirat jua. .

#coretan cik ani untuk entri. .  .cik ani insan yang banyak kekurangan . . :)

Alhamdulillah ya Allah . .





Thursday, 5 September 2013

nak tapi takut. .

Assalamualaikum . .

"nak tapi takut kantoi"

lepas test physics tadi,ni ayat yang cik ani cakap. . hehe. . nak apa??nak meniru . . takut kantoi lah . . macam-macam cik ani fikir. . aish!
tak berani . . huhu . . .
jawab physics berpeluh sebab tak ingat formula. . apa ni??
cik ani pun sedih sangat sebab lupa formula. . sebelum test bukan main  lagi,buat nota ,hafal . .
tapi bila dalam dewan. . . apa yang aku hafal??/mana dia terbang??

>cik ani bersyukur lah dah habis test ke2 physics ni . . hehe. . tawakal je lah. . .
dah usaha. .

>moga baik-baik sahaja result nye. . hahaha. .
>cik ani bersyukur,cik ani berjaya jawab penuh dengan kejujuran walaupun tak yakin jawapan

isu biasa untuk student . . hahaha



Muhasabah diri . . .

#usaha lagi . . 
#lupakan niat nak meniru tu . . jangan terlintas pun nak meniru. . 
#cuba fokus dan gandakan usaha untuk menghafal sesuatu . . 
#banyak kan latihan. . 
#faham,,bukan sekadar hafal . . 


coretan cik ani untuk hari ni . . esok birthday cik ani . . :)



Sunday, 1 September 2013

Assalamualaikum . . 
cik ani nak review lirik lagu Hafiz Hamidun . .
meh sini.!hehe

[R4BIA SYRIA]
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik Melayu: Fedtri Yahya


Rabi'a...
Syria...

Ku kirim cinta

Sebagai umat
Syahadah yang sama
Hati terguris
Sebak di dada

Rabi'a...
Syria...
Saudara kita

Tak henti
Rintangan melanda
Dan mereka
Merana

Rabi'a...
Syria...
Ya Allah
Bantulah

يارب بالمصطفي
بلغ مقاصدنا
واغفر لنا مامضي
ياواسع الكرم

محمد سيد الكونين والثقليـن
والفريقين من عرب ومن عجمِ

Rabi'a...
Syria...
Ku kirim doa

Di hadapan
Di belakang
Teruskanlah berjuang

Rabi'a...
Syria...
Hapuslah derita

Rabi'a...
Syria...
Hujungnya di syurga



Saturday, 31 August 2013

Assalamualaikum . . . .
meh tengok lukisan ni  . . . 
lukisan yang penuh makna  . . lihat dan hayatilah . .hehe
semoga kemerdekaan yang dikecapi akan terus kekal dan negara kita akan terus maju dan membangun. . 

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!



The life we enjoying now is built by blood and scarification

Thanks and we salute them

HAPPY BIRTHDAY !!

  Assalamualaikum. . .

entry ni sebenarnya untuk semalam. . hehe. .tapi hari ni baru cik ani ada mood nak update. .
cik ani ingatkan weekend ni tak nak balik rumah. .
tetiba hari jumaat lepas habis test h.e and math . .
alamak!!birthday abang aku . . *tepuk dahi*

lupa sangat . . sebab malam semalam,sibuk dengan festival kat KSJ dan sibuk masuk acara tarik tali . .hehe. jadi cik ani lupa kan niat nak pergi dataran merdeka hari ni. . dan balik.. nak cover la konon birthday abang terlupa. . huhu . . *baik tak*??hahaha . .

apa-apa pun . .sanah helwah abang mie. . love you so much bro . .
>semoga cepat dapat jodoh . .
>bahagia dunia akhirat . .
>dapat capai apa yang dihajati . .
>menjadi anak yang soleh. . .berbakti pada kedua orang tua. .

my beloved brother . .
May Allah always bless you  :D


Thursday, 29 August 2013

Assalamualaikum . .

balik je, , ,terus update new entry ni . .pergh!! .. memang terasa lah weh . .
asyik kita je kena faham perasaan dia. .
sangat penat senyum tapi hati membengkak. . but i try to take everything is positive. . :D

perasaan kita bila berkawan dengan budak cantik + cun + comel . . .??boleh jawab . . .nampak macam jeles kan statement ni??haha .. .jawab lah wahai pembaca sekalian. .hehe.bukan jeles tapi rasa sedar diri disini. . confirm menjadi perhatian semua orang. .
that's why lah orang cakap . .pipit sama pipit,enggang sama enggang. .
awak selalu jadi tarikan orang lain..saya malu berkawan dengan awak. .bila ada orang tegur awak. . saya rasa saya tersisih dan terpinggir. . huhu. . :(
kalau saya jalan sorang pulak,semua akan tanya..mana awak??huhu. . .

kalau seseorang tu rapat dengan saya pun,semua sebab nak suruh saya adjust awak. . saya tak terasa cuma sedih. . tapi saya amat bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan pada saya . .

#rasa tak sepaptutnya cik ani coretkan disini. .  BUT .. . . 

entry merepek dimalam hari . . 
Allah sentiasa bersama kita. . 
hakikatnya,semua manusia suka semua yang indah-indah berlaka. . 

apa ni??

sayacubauntukjauhdariawak. . sebab saya malu :p

saya tak cantik macam awak . .
Alhamdulillah saya sempurna fizikal . . :D



Assalamualaikum . .

ada orang cakap macam ni kat cik ani. . 
Yes!i'am a good listener .
perasaan kan statement tu .. tapi cik ani rasa cik ani boleh jadi good listener, .bukan boleh !memang dah jadi pun. .tapi untuk orang yang sudi menceritakan. .tak de lah menyibuk nak ambik tahu. . 
cik ani hanya perlu kepada orang yang memerlukan cik ani. . 
statement ni pun nampak sangat selfish kan tapi ni lah hakikat . .bukan apa,kalau kita yang beria tanya , ,

Eh,kenapa awak menangis ni.? . 
cerita lah kat saya, , 
kalau ada apa-apa saya boleh dengar

nampak disitu sangat busy body. . 

cik ani just said. ."kalau sudi,cerita lah"
"jangan terlalu sedih akan sesuatu perkara . take it something positive"

keselesaan seseorang untuk bercerita dan percaya pada kita adalah hak masing-masing. .mungkin cik ani hanya mampu mendengar dan sekadar mendengar. .masalah anda tak bisa dihapuskan. .tetapi sekuranmg-kurang nya meredakan. . CIK ANI RASA SANGAT TERHARU APABILA ORANG NAK BERCERITA KISAH DIA. . DAN RASA SANGAT DIPERCAYAI DAN DIHARGAI. . 

tetapi the best lah kalau bercerita dan menangis kepada Allah,kerana Allah lebih memahami dan sekaligus akan merasakan lebih tenang dan insyaAllah kesedihan atau masalah akan Allah hilangkan. . 
bergembira wahai hati dan sentiasa lah mendekatkan diri pada Allah

#pesanan pada diri cik ani yang serba kekurangan ini :D

Hargai lah perasaan ^_^

Assalamualaikum . .

balik kelas,lepas solat. . tetiba ada orang ketuk pintu. .

"aini,sedih sangat"

kenapa ni???-cik ani tanya. .

"dia dah tak macam dulu"  . .

okay . . dah dapat agak apa yang berlaku. .
dengar je lah apa yang berlaku. . memang sedih sebagai seorang wanita yang ingin dihargai. .
eh,wanita,perempuan,sekalian. . jangan tipu lah kalau kata anda tak nak dihargai . . perempuan mudah menangis taw bila isu ni. .

masa mula-mula kita kenal dia,bukan main lagi. . nak jaga lah,nak jadi bff lah, , dan sehingga kan perempuan tu rasa sangat bermakna dan you make my life meaningful. . 
tapi bila dah kenal orang lain. . kita dilupakan begitu sahaja. . kita pulak macam terhegeh-hegeh nak perhatian dia. .
amboi!!ingat hati perempuan tak mudah tersentuh ke dengan kecaringan anda tu. .

ini nasihat cik ani untuk sahabat cik ani yang menangis tu .. .

tengok!belum ada apa-apa lagi dah macam tu. .okay lupa kan sahaja, , ego tu up sikit. . biar dia tahu,ingat kita nak sangat kat dia. . tak pandai hargai langsung. . lagi pun,jangan rasa kuat kerana seseorang tapi kuatlah kerana Allah ada untuk kita...jangan bersedih hati wahai sahabat. . 

jangan sedih kalau orang tak hargai kita,
tapi sedih lah bila diri tak berharga lagi . . 

#bersahabat lah dengan orang yang sudi bersahabat dengan kita. . menerima lah sahabat dengan seadanya. . bersahabat lah kerana Allah. .
jika persahabatan ini membawa kemurkaan Allah ,maka jauhkan lah. . .

~entry petang cik ani . .entry ini di tuju khas kepada lelaki yang pandai menyentuh hati wanita,tapi,biarkan wanita itu rasa tak dihargai lepas tu. . apakah ini?

jangan menangis kerana seseorang yang tak pandai menghargai. . 

Tuesday, 27 August 2013

Merdeka !!!

Assalamualaikum . . .

apa khabar. . moga baik-baik sahaja dan berada dalam rahmat Allah :D

Wahhhh!!dah 28.8 . . hari ni..cepat nye masa berlalu. 3 hari lagi kita akan sambut hari kemerdekaan ke 56 negara kita. . excited pulak ^_^. .
first time merdeka cik ani sambut kat KL..cik ani berhajat nak ke Dataran Merdeka nanti. . harap Allah izinkan lah niat di hati ini. .
sebenarnya,cik ani update entry mengenai ni sebab ni first year yang dah tak bergelarbudak sekolah. . kalau kat sekolah dulu. .memang tengah sibuk lah nak buat persiapan hari kemerdekaan mengikut rumah sukan masing-masing. . buat baju,bena, . .macam-macam. . paling best bila involve dalam persembahan malam ambang kemerdekaan. .
hehe. . memang rasa la kemerdekaan . . lagi satu sebab cik ani update entry ni sebab terfikir tadi. . apa maksud kemerdekaan sebenar. . apa yang dapat cik ani simpulkan. .mengikut pendapat cik ani semata-mata lah ,kemerdekaan adalah kebebasan untuk kita hidup di negara kita sendiri tanpa dijajah oleh orang asing . . .tapi ingat kebebasan yang kita perolehi tidak wajar jika kita salah erti kan. . huhu. .
terutamanya anak muda sekarang. . bila kata bebas,semua benda boleh buat tanpa memikirkan natijah yang akan menimpa diri mereka. . kita juga perlu ingat. . kita jangan sekadar mendapat kemerdekaan fizikal..tetapi kemerdekaan dari segi pemikiran juga perlu kita hayati agar pemikiran kita tidak  dijajah oleh orang asing terutamanya Barat . . hakikatnya,mereka tidak melakukan penjajahan secara fizikal. . tetapi hari demi hari,mereka kian menjajah pemikiran anak muda terutamanya sekarang . .

#itu sahaja hari entry untuk hari ini. . .


tekan sini kalau nak tengok sketsa kemerdekaan batch cik ani tahuin lepas!(pantang Melayu berundur)

Sunday, 25 August 2013

"Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"

Assalamualaikum


Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join

   Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA &amp; PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR &amp; BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan penaja di > sini sini sini sini sini sini Termasuk iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^

PERSAHABATAN BARU

Assalamualaikum. . . 

Pergh !!lama tak update blog pasal diri sendiri . . kekok pulak rasanya..huhu
tengok sikit tajuk tu "persahabatan baru" . . 
kenapa tetiba pulak kan update blog pasal persahabatan..macam cik ani sorang pulak yang bersahabat..orang lain pun bersahabat jugak kan. . >_<
Dimana  kita hidup,menimba ilmu,disitu lah kita kena berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain kan supaya kita akan rasa hidup kita tidak keseorangan. . haha . .betul kan??
baik lah . .straight to the point. . cik ani sekarang belajar kat UTM kl. .
 corse Geomatic engineering (ukur tanah) . . dalam corse ni,cik ani dapat ramai kawan yang secara kesimpulannya cik ani akan hidup dan berinteraksi dengan diorang selama tiga tahun. . for sure lah cik ani kena adapt dengan diorang semua kan. . by hook or by crook. . hehe. . .almost 3 month bersama diorang. . wah!!awesome..masing-masing ada kriteria dan cara masing-masing dan cik ani boleh adapt dengan semua orang walaupun kadang-kadang ada ketidakselesaan. . hehe. .biasa lah tu..manusia kan. . 

:>tu je kowt coretan cik ani dalam entry ni. . meh!kita tengok gambar pulak. . huhu . . 



waktu ni,hari last Megat(berbaju hijau) bersama kami
Megat lepas daripada dua bulan,dia decide untuk ke ALAM
waktu beraya rumah Min. . tak semua girls yang pergi. . 
Dinner kat warung. .(ope)

iftar jamaie bersama senior ddpl,dewan besar utm kl

iftar jamaie. . girls ddpl. .2 orang laki tak ada . . hehe


jamuan raya dan ramah mesra bersama Dekan. .
yang ni je ddpl yang pergi . .yang lain struggle sangat untuk quiz. . hehe




player badminton untuk Geo. . hehe
festival ksj  . 
kami sedia beraksi. . hehe .
 . . cik ani rasa setakat ni,gambar-gambar yang dalam ni memang sikit je. . maaf sangat . .sekadar coretan hidup cik ani disini. . huhuhu. . 
#gambar ni random sahaja ..classmate cik ani 36 orang. .agak mustahil untuk upload semua dalam ni. .
semoga persahabatan kami semua diberkati oleh Allah. . dan semoga antara kami erat tautan hati nya dan saling berkasih sayang kerana Allah . 


~sekian sahaja daripada cik ani . . :3

Friday, 23 August 2013

MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angah dan Ahkak Gojess kali ni telah bekerjasama untuk membuat MEGA GA.Kenapa mega ga?? Sebab hadiah yg sangat2 best!! :D





GIVEAWAY ni akan berjalan selama 2 minggu sahaja!! :D

Syarat-Syarat Menyertai GIVEAWAY ini ialah:

  1. FOLLOW Blog penganjur AHKAKGOJES & DJHAdd To Circle Google +Mohamad Khairil  dan Like DiariJejakaHangat.
  2. Wajib LIKE.FOLLOW blog sponsor2 berikut.
  3. Buat entri bertajuk MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini. *WAJIB
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual

BLOG PENGANJUR*WAJIB
 |AHKAKGOJES | DJH |

BLOG SPONSOR*WAJIB

 Add To Circle Google Kathy Rbain

LIKE FANPAGE SPONSOR*WAJIB


FOLLOW TWITTER *WAJIB

SILA KLIK UTK LIHAT HADIAH

SENARAI PESERTA
Harap korang support GA Angah dengan Ahkak Gojes ni :D