Thursday 15 August 2013

Assalamualaikum..
Hari ni cik ani dengan penuh semangat meng-update entry ni..sharing is caring kan. . .
sebelim tu,cik ani rasa bertuah sangat sebab dapat lecturer yang rupa-rupa sangat disegani..memang cik ani rasa beruntung..satu dalam seribu susah nak cari lecturer macam ni..Beliau selalu membentangkan isu berkaitan dengan kemanusian..bagi anak muda terutamanya,mungkin isu ini dipandang tiada mata..tapi sedarkah kita isu ummah dan kemanusian ini lah menjadi degupan jantung sesebuah masyarakat dan negara terutamanya negara islam.. . .

Lecturer cik Ani . .

ni cik ani baru habis kelas beliau,(hubungan etnik)
baiklah,tanpa melengahkan masa berceloteh,cik ani teruskan dengan perkongsian yang telah cik ani dengari daripada beliau..pergh!!memang cik ani respect ar beliau,sangat mengkaji sesuatu dan setiap kata-kata beliau adalah berdasarkan fakta bukan auta.bukan hypotesis tapi thesis. .
Hari ni beliau membentangkan suasana mesir yang kian genting,,saban hari ramai umat islam yang mati dengan penuh kedaifan akibat ditembak dan dibom tanpa perikemanusiaan oleh tentera mesir..tapi mereka tetap teguh menjalankan demonstrasi.Ini adalah daripada semangat yang ditiupkan oleh Ikhwan Muslimun. .hah!
apa ikhwan muslimun tu..ni lah yang beliau bentangkan dan kupaskan tadi dalam kelas..
sejarah ikhwan Muslimum.,ini diasaskan oleh siapa??Imam Hassan Al-Banna..Imam Hassan Al-Banna ini menggunakan konsep memerangi mereka dengan kasih sayang.Buat pengetahuan semua,Imam Hassan Al-Banna ini hidup dalam kerosakan masyarakat yang sangat teruk..Tapi beliau bangkit dengan semangat untuk memulihkan semula umat islam dimesir.waktu tu Imam Hassan Al-Banna berada pada zaman pemerintahan Raja Farouq.oleh kerana,rakyat mesir semakin hari semakin sedar akan betapa perlunya mereka kembali kepada ajaran islam.pengikut ikhwan Muslimun mulai ramai,Imam Hassan Al-banna bertindak sendirian untuk memulihkan kejahilan ummah,kelesuan Ulama dan kealpaan anak muda di Mesir pada masa itu.Apabila usahanya membuahkan hasil,Raja Farouq menyedari bahawa Imam Hassan Al-Banna ini menjadi satu ancaman kepada dia untuk memerintah mesir memandangkan pengikut ikhwan muslimin mulai ramai.cik Ani teruskan dengan tindakan Raja Farouq yang teramat kejam yang tak mempunyai hati perut membunuh Hassan Al-Banna yang dikira mulia disisi Allah.Raja Farouq mengarahkan anjing-anjing nya(tentera-tentera) beratur depan liff sambil menunggu imam  Hassan Al Banna keluar daripada lif.semua tenteranya akan menembak Imam hassan Al Banna sehingga peluru mereka habis.bayangkan lah!orang yang mulia sedemikian rupa dipelakukan seperti itu,begitu kejam nya!!!!!Jenazah beliau yang hancur lebur ditembak dicampakkan dihadapan rumah Imam Hassan Al Banna.semua orang tidak boleh membantu menyelenggarakan dan menguruskan jenazah.melainkan dua orang iaitu isterinya yang sarat mengandung dan bapanya yang sudah berusia 70 tahun,bayangkan apalah kudrat mereka yang ada melainkan pengharapan kepada Allah semata-mata..Bayangkan lah wahai sahabat.dengan cucuran air mata yang dibasahi mereka mengureuskan jenazah tersebut,sesiapa yang membantu akan ditangkap dan ditembak mati oleh tenyera Raja Farouq. . .tetapi roh semangat yang ditiupkan dalam ikhwan muslimin terus marak,malah Ikhwan Muslimin mendapat keberkatan Allah kerana Ikhwan Muslimin telah tersebar ke seluruh Dunia dan mereka mendapat pengikut yang ramai. .
Allah sentiasa membantu hammbanya

#ni sahaja perkongsian cik ani..harap semua dapat manfaat daripada coretan yang terlebih short word ni..hehe
maaf andai coretan ini tidak disukai dan disenangi. .
Mohon agar semua sedar masalah ummah yang kian meruncing kini..Marilah kita bangkit daripada kealpaan ini..  ...

No comments: